Azizi Khalid

June 10, 2021

Isteriku…

Image.jpg


Isteri saya antara pelajar terbaik SPM 2000. Beliau dapat 10A1.

Beliau antara pelajar terbaik UIA 2006 - CGPA 3.9. Sepanjang di uni beliau bukanlah seorang ulat buku sehingga tidak ada aktiviti lain. Malah pernah dua kali membentangkan kertas kerja di United Nation berkenaan hak kanak2, sekali di New York dan sekali di Italy. Beliau juga merupakan seorang atlit Taekwondo.

Ketika bertunang beliau memberitahu saya yang beliau berhasrat untuk sambung PhD. Saya sokong cita-cita beliau.

Alhamdulillah, kami menikah ketika beliau berusia 23 tahun.

Sehari selepas kenduri kahwin, beliau pergi interview program masters di UKM. Tangan penuh berinai lagi. Talk about her drive. 

Anak kedua kami lahir 3 hari selepas isteri saya submit thesis PhD. Now that’s determination.

She’s got the drive to succeed and is a high achiever. And I love her for that.

Wanita, tolong jangan bodohkan diri anda untuk menarik perhatian lelaki. You might attract the wrong kind of man.   

Ada yang kata Prof tu bukan suruh jadi bodoh. Cuma jangan tunjuk pandai depan suami/bakal suami. Atau kena rendah diri. Tetapi yang berlaku di masyarakat adalah perempuan jangan belajar tinggi sangat. Nanti tak kahwin.

Ketika saya hendak bertunang dengan isteri, ramai kaum lelaki bertanya, “kau biar betul nak kahwin dengan dia? CGPA dia tinggi woi. Nanti dia tak hormat suami.” Yang bercakap ni bukan kenalan rapat isteri pun. Mereka terus menghukum dari CGPA.

Isunya bukan wanita tunjuk pandai, tetapi lelaki yang tiada jati diri sehingga takut dengan perempuan bijak dan cuma mahukan isteri yang mengangguk pada semua kesalahannya.

Azizi Khalid
Making Islamic education fun at Qaswa House
Towards the Middle Path